LOS ANGELES – Pemenang program realiti televisyen, America’s Next Top Model yang pertama, Adrianne Curry menyiarkan beberapa gambar termasuk dalam keadaan bogel di laman Twitter miliknya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Gambar di dalam bilik mandi itu menunjukkan tubuhnya yang hanya ditutupi oleh buih sabun dengan kedudukan sedikit mengiring.
Model terkenal berusia 27 tahun itu telah berkahwin dengan pelakon siri televisyen The Brady Bunch, Christopher Knight dalam satu majlis perkahwinan pada tahun 2006.
Di bawah gambar itu mengandungi mesej: “Saya sentiasa berpegang kepada janji.”
Adrianne dikatakan sangat gemar menggunakan Twitter. Sebelum ini, dia pernah menghantar gambar kurang senonoh ketika bermain permainan World Of Warcraft.