Siapa sangka gadis kecil comel ini mampu mengendalikan sebuah kapal terbang. Apatah lagi dengan wajah yang manis bertudung. Lagi biodata, berita dan gambar di bawah.

Biodata Kapten Noor Hafizah Mohd Idrus Pilot AirAsia Wanita

Nama Penuh: Noor Hafizah Mohd Idrus

Nama Samaran: Fizzy Idrus

Umur: 30 Tahun (2014)

Tarikh Lahir: 21 September 1984

Asal: Taiping Perak

Instagram: http://instagram.com/fizzyidrus

Alamat Terkini: Cheras Kuala Lumpur

Pendidikan: Sek Keb Taiping, Sek Keb Tun Razak, Kolej Tunku Kursiah, Kolej Matrikulasi Melaka, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Akademi Penerbangan Malaysia Batu Berendam Melaka.

Bidang: Ijazah Multimedia (UKM)

Bermula Kareer Juruterbang: Berhenti belajar di UKM dan sertai Akademi Juruterbang Airasia sejak 2006.

Jawatan Terkini: Senior First Officer (Kapten) AirAsia X

Nama Adik: Bella Idrus

Facebook Adik: https://www.facebook.com/bella.idrus

Sumber: Biodata Noor Hafizah Mohd Idrus Pilot Wanita AirAsia | melvister.com

Lagi gambar di bawah

Menjadi juruterbang jarang tercicir daripada senarai cita-cita idaman kebanyakan kanak-kanak ketika di zaman sekolah.

Waktu itu gambaran mengemudi sendiri sebuah pesawat terasa begitu gah. Apatah lagi segak mengenakan seragam putih hitam sambil mengepit topi berlencana lambang sayap.

Tanpa mengira sama ada kanak-kanak lelaki mahupun perempuan, apabila ditanya apakah cita-cita apabila besar nanti pasti pantas memberi jawapan: “Saya nak bawa kapal terbang sebab dapat peluang untuk ‘terbang’ ke mana-mana destinasi yang diingini.”

Begitu juga dengan empat juruterbang muda yang ditemui di Terminal Tambang Murah (LCCT), Sepang, baru-baru ini.

Keterujaan mereka untuk mengemudi kapal terbang begitu terserlah sebaik tamat pengajian di tingkatan lima. Masing-masing meneruskan pengajian di akademi penerbangan.

Cerita yang sama juga berlaku pada Noor Hafizah Mohd. Idrus, 28, yang berminat untuk menjadi juruterbang sedari kecil.

Bezanya, impian itu pada awalnya mendapat tentangan daripada kedua ibu bapanya.

Sebaliknya mereka mahu melihat Noor Hafiza berjaya dalam bidang perubatan dan bergelar seorang doktor.

Untuk tidak menghampakan impian orang tua, dia meneruskan pengajian di dalam bidang sains, peringkat matrikulasi di Londang, Melaka walaupun terpaksa melupakan impian untuk terbang tinggi di awan biru.

Disebabkan markah yang tidak begitu melayakkannya untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan, akhirnya anak kedua daripada enam beradik itu meneruskan pengajian dalam bidang multimedia peringkat ijazah

di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Begitupun setelah mengharunginya selama satu setengah tahun, pengajiannya ‘terbengkalai’ begitu sahaja tanpa sempat ditamatkan.

Semuanya gara-gara iklan AirAsia yang disiarkan untuk pengambilan kadet juruterbang syarikat tersebut.

Lantas, tanpa berfikir panjang, Noor Hafizah atau lebih mesra disapa Fizah telah memohon tanpa pengetahuan keluarga.

Hari ini, setelah enam tahun bernaung di bawah sayap AirAsia, anak kelahiran Taiping, Perak itu akhirnya berjaya meyakinkan kedua ibu bapanya bahawa kerjaya sebagai juruterbang mampu dipikulnya.

“Pada peringkat awal, emak dan ayah susah juga hendak menerima kenyataan saya menyertai AirAsia sebagai juruterbang. Tambahan pula terpaksa meninggalkan pengajian di UKM.

“Tetapi setelah diterima dan lulus temuduga dan saya berjanji akan melakukan yang terbaik, akhirnya mereka menerima dan kini menyokong kuat saya.

“Yang pasti, hari ini saya mampu berbangga dengan diri sendiri kerana cita-cita yang diimpikan sejak kecil menjadi kenyataan,” katanya sambil tersenyum.

Apa yang lebih membanggakan, Pembantu Juruterbang Kanan itu merupakan kelompok pertama wanita yang menyertai akademi AirAsia sebagai juruterbang.

Jika bersemuka dengan Noor Hafizah pastinya tidak percayai dia merupakan individu yang mengemudi pesawat Airbus A330 dengan 375 penumpang kerana susuk badannya yang kecil.

Pada masa sama, pengorbanan Noor Hafizah melepaskan pengajian di UKM berbaloi kerana kini dia dalam proses menunggu masa untuk ditemuduga sebagai kapten.

Siapa sangka, penglibatan awalnya dalam bidang penerbangan mendapat tentangan hebat daripada kedua ibu bapanya, hari ini sudah mampu tersenyum bangga dengan kejayaan yang dikecapi.

Secara tidak langsung, dia juga berjaya membuktikan bahawa wanita juga mampu menggerakkan jentera berat dan besar malah keupayaan mereka tidak harus dipandang sebelah mata.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Feminin&pg=fe_01.htm#ixzz3OhXxXQ45
© Utusan Melayu (M) Bhd

Fizzy Idrus di tempat juruterbang

Hafizah Idrus comel bersama pesawat

Fizzy Idrus kemas bergaya

Hafizah bersama adik

Selfie!
Tags : Noor Hafizah Idrus comel, Fizzy Idrus comel, Gadis Melayu, Gadis melayu comel bertudung, Awek Melayu Comel, pilot Air Asia, awek tudung, awek tudung comel, Awek Melayu Comel Hot, baju kurung, Malaysian Hijab Girls, Kapten Air Asia, pilot wanita Air Asia, Koleksi Gambar, Gadis Melayu boleh, awek comel, awek comel hot, tudung comel, malay girl cute, malaysia beautiful woman, beautiful woman around the world, beautiful Air Asia Pilot from Malaysia, Nice hijab girl, sexy stewardess, cute flight attendant, hijab woman, hijab pilot, muslim girl, malay muslimah